Domo-kun Cute

Perjalanan Cinta part 1

Assalamualaikum , Salam sejahtera dan Salam Satu Malaysia :)



September 2011
Kita mula mengenali antara satu sama lain. Rudy, dia yg telah kenalkan awak pada saya. Saya tak menolak sebab saya memang single masatu. Saya tengok awak pun sambut mesra salam perkenalan dri saya. Hri berganti hri, personaliti yg awak tunjukkan buat saya tertarik pada awak. Dalam diam, saya mula menaruh harapan pada awak. Tapi awak pula macam menyombong. Kadang kadang saya ada juga terasa hati dengan sikap awak tu tapi saya abaikan je demi persahabatan yg kita jalinkan.

Oktober 2011
Sepanjang peperiksaan PMR kita jarang mesej. Awak kan sibuk study. Saya pun sibuk study. Saya rindu sangat dekat awak masatu. Sampaikan hari terakhir PMR saya pun mesej awak macam biasa. Kita berborak tentang perasaan. Saya takut awak pergi pada orang lain so saya pun ikat awak. 20.10.2011, tarikh paling bermakna dalam hidup saya. Awak dah jadi boyfriend saya masatu. Walaupun kita baru je kenal, tapi saya tahu yg kita boleh pergi jauh. Sebab saya tahu awak pun sukakan saya kan?

Disember 2011
Pertemuan pertama kita, malu malu kucing je masatu. Masing masing diam, berborak pun benda biasa biasa je. Haha saya tak boleh lupa saat tu. Macammana hati saya berdebar berada disamping awak. Macammana saya segan nak tengok muka awak. Saya takboleh lupa semua tu. Pertemuan kedua, ini kali pertama kita keluar berdua je. Barulah tak mlu malu. Dah boleh berborak macam biasa. Dah boleh bergurau. Dah boleh buat kerja bodoh sama sama. Haha masa ni baru tahu perangai awak macammana. Sama je sebenarnya. Suka bahan bahan orang. Haha


0 komen yang hangat !: