Domo-kun Cute

FRIENDSHIP IS SUCH A BEAUTIFUL WORD .

Assalamualaikum , Salam sejahtera dan Salam Satu Malaysia :)

 okay . today nak cerita pasal FRIEND . dalam bahasa melayunya sahabat , kawan . korang semua tahu tak sahabat ni adalah mereka yg akan sentiasa bersama dengan kita susah dan senang . tapi , bak kata orang , kawan beribu , tapi nak cari seorang sahabat dalam seribu tu belum tentu ada . kan ? takpe takpe . jangan sedih okay . sebab semua orang pasti akan ada sahabat . pernah dengar tak ? "kamu takkan kehilangan orang yang kamu cintai jika kamu bersedia menjadi sahabatnya" ya . sahabat . 

selalunya hubungan cinta bermula daripada sebuah persahabatan , tapi dalam special case perasaan cinta tu hanya datang dari sebelah pihak . kalau kawan kita tu taktahu perasaan kita yg sebenar terhadap dia , itu tak jadi masalah . yg menjadi masalah adalah bila kawan kita tu dapat tahu . heyyy , hubungan persahabatan tu boleh hancur tau ? pleaseeeee lah . jangan hadirkan perasaan sayang yang melebihi sayang sebagai sahabat pada kawan kita . kita bukan saja akan kecewa sebab perasaan bertepuk sebelah tangan , malah kita mungkin akan kehilangan si dia :)
 Sahabat adalah mereka yang tahu bahawa ada kesedihan di matamu di saat seluruh dunia percaya akan senyuman palsu dari bibirmu- Unknown Author

hmm . pada si dia yang dapat tahu tentang perasaan sahabat yg mula berubah kepada cinta tu , jangan hilangkan diri atau cuba mengelak . awak tahu tak yg perasaan cinta ni hadirnya secara semulajadi ? tak boleh dihalang dan tak boleh dipaksa . cuba awak terangkan padanya kenapa awak takboleh nak balas perasaan dia tu . fahamlah sikit . jangan tambah patah hati dia tu . lol

jangan disebabkan awak tak mampu nak jernihkan keadaan , hubungan persahabatan tu hancur , awak jugak yang akan rugi sebab dah hilang seorang sahabat yang sentiasa ada dengan awak .tak peduli tentang kelemahan awak . faham ?
Jangan sakiti sahabatmu, kerana sahabat adalah cara Allah menunjukkan bahawa dia takmahu kamu menjalani kehidupan seorang diri - Unknown Author

bersahabat lah . sedangkan Rasulullah pun ada sahabat baik tau . Rasulullah pun menjalani kehidupan dia bersama sahabat baiknya . Rasulullah pun mengadu sakit peningnya pada sahabatnya . sedangkana kita yg umat biasa ni nak hidup sorang sorang tanpa sahabat ? mampukah ? 
okay terasa macam dah panjang sangat je apa aku cakap ni . aku cuma nak menegaskan bahawa sahabat tu terlalu berharga . jangan lupakan sahabat kalau pun kita sudah punya cinta . kita boleh ada EX-boyfriend . tapi , kita takkan boleh ada EX-friend . okay , last words , jangan rosakkan hubungan persahabatan dengan perasaan yang bertentangan . renung-renungkan dan selamat beramal ! :)

0 komen yang hangat !: