Domo-kun Cute

Petua-Petua orang lama yang sangat berguna (:

Assalamualaikum , Hai Evelibadihh :)

semua orang inginkan tubuh badan yang cantik dan bersih kan ? ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit semata mata nak cantikkan tubuh badan. tapi korang tahu tak yang petua orang dulu dulu sebenarnya lebih bermanfaat sebab menggunakan benda benda semulajadi. lagi banyak khasiatnya kan ? so kat sini aku kongsikan beberapa petua orang lama yang aku cilok dari pakcik google and yang mak aku share sikit sikit dgn aku . adalah jugak yang aku amalkan sikit sikit (:

  • Menghilangkan Panau.

Ambil lengkuas sebesar ibu kaki, dibuang kulit arinya dan dicuci bersih. Kemudian tumbuk sehingga hancur lalu dibungkus dengan kain perca dan diikat kemas-kemas. Gosokkan pada kulit berpanau.
 
  • Demam Selsema:

Telan seulas bawang putih setiap kali selepas makan sebanyak tiga kali sehari. dan minum air perahan bawang putih dan limau serta berkumur air wap bawang putih.

  • Gigi Putih

Wajah yang cantik akan lebih kelihatan lebih menarik dengan secebis senyuman. Namun yang lebih manis lagi jika senyuman itu turut di iringi dengan gigi yang putih dan sihat. Sebelum kita mengosok gigi dengan menggunakan ubat gigi... gosoklah gigi dengan menggunakan SERBUK PENAIK atau lebih di kenali sebagai SODIUM BIKARBONAT terlebih dahulu.Kumur dan gosoklah gigi dengan ubat gigi seperti biasa. Amalkan petua ini seminggu dua ke tiga kali
 
  • Lembut  Rambut

Sebelum anda mencuci rambut anda, ada baiknya anda melumurkan sedikit minyak baby ke rambut anda, sebaiknya jika anda hendak mencuci rambut anda sebelah pagi elok anda melumurkan minyak baby pada sebelah malamnya. Tapi jika anda sesuntukan masa...lima minit sebelum pun boleh juga tapi hasilnya tidaklah seberapa. Selepas itu barulah anda menbasuh rambur anda seperti biasa.Apabila rambut anda sedah kering anda akan dapat rasa kelembutannya.
 
  • Mewangikan  Rambut 
 
Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan.  Kemudian gosokkan ke seluruh kepala.  Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.

  • Hilangkan  Bau Kaki
 
Sering didapati kaki kita berbau apabila memakai kasut sarung atau tertutup. Untuk mengatasinya, ambil limau nipis, potong2 & gosokkan pada kaki. Lakukan setiap ptg selepas menanggalkan kasut.  Insya-allah bau kaki akan hilang.

  • Menghilangkan Bau Badan.

Ambil beberapa batang pokok kantan yang segar. Potong batangnya pendek-pendek dan tumbuk sehingga lumat. Rebus sehingga mendidih dan air rebusan itu dijadikan air mandian.

  • Mari Hapuskan Kelemumur.

Ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian, disapu pada kepala sambil digosok-gosok. Amalkan seminggu dua (2) kali sebelum mandi.
 
  • Putihkan Kulit Melecur.
Hiris ubi kentang nipis-nipis dan tampal pada bahagian kulit yang melecur. Lakukan setiap kali selepas mandi dan amalkan sehingga kulit mengelupas dan kulit baru akan tumbuh seperti sediakala.
  
  • Pulihkan Bengkak Di Kaki.
Ambil segenggam asam jawa dan kapur, ramas dengan sedikit air. Kemudian letakkan/sapukan pada kaki atau tangan yang terseliuh.
 
  • Meredakan  Batuk.
Minum secamca besar madu lebah dicampur dengan limau nipis tiga (3) kali sehari.
 
  • Pening Kepala:
Potong 2 ulas bawang putih dan telan bersama sedikit air. sapu tempat yang sakit dengan minyak bawang putih.

setakat ni tu jelah yang aku boleh share . harap berguna untuk korang . ohh ya ! benda ni kalau nak tengok hasil kenalah amalkan secara berpanjangan . jangan cuba sekali je ok ? tu je dari aku . bye Assalamualaikum :)

0 komen yang hangat !: