Domo-kun Cute

GIRL'S TALK



THE THINGS THAT WOMEN TALK ABOUT HER MAN :)




okay , dah lama rasanya tak update , disebabkan ada masa free ni , k , aku post lah something yang agak berguna bagi aku sebagai perempuan , haha . so , here's the topic . THE THINGS THAT WOMEN TALK ABOUT HER MAN . perempuan ni mmg terkenal dengan sikap suka bercakap . ya , perempuan banyak cakap , suka gosip , haha . so , here it is :)

“He is beyond romantic!”
Bab-bab romantik nih, mesti nak/taknak terpacul juga jadi topic perbincangan. Semua perempuan nak lelaki romantic jadi tak hairanlah benda tuh yang diangkat-angkat. Benda kecil macam SMS setiap pagi pun boleh jadi kebanggaan, just because tak semua lelaki buat. Ataupun surprises yang kawan kita dapat dari pasangan dia, mesti kita cerita kat orang lain. Sebab kita happy wujud lagi lelaki camtu. Even pakwe hantar kad raya untuk diri ini dan family pun nak gebang.

“My ex supervisorkan, suami dia loving sangat. Isteri dia bila penat balik dari kerja straight terus tidur, bila bangun pagi tengok kaki dah dipakaikan stoking”


“He is always willing”
Next is bercakap pasal tolerance level. Lagi high tolerance level seseorang lelaki, lagi untung pasangannya dari pandangan kami.

"Syida tuh kan suka try- try makanan. Pakwe dia layankan aje walaupun terpaksa bersesat-sesat cari jalan pergi tempat tuh”.

“Kalau shopping dia tak tunggu kat luar macam tunggul, tapi dia siap pilihkan sekali. Pilih warna, corak, then tunggu luar fitting room nak bagi komen kat I”.

“I tengok, Paan tuh tak kisah pun bini dia makin naik berat badan. Lagi sayang adalah. Bertuah badan”.


Islamic Deeds
Islamic deeds like how? Benda-benda simple yang mengingatkan kita nak dekat diri kepada Allah. Pasangan wanita bangga kalau sang lelaki ada ciri-ciri lelaki yang mampu memimpin. Walaupun mungkin takdelah sampai layak masuk imam muda, just ada hint keimanan pun dah cukup sejuk hati.

“Sekali-sekala keluar kena pakai tudung. Dia kata I cantik pakai tudung and it’s a good practice”

“Kitorang tengah puasa enam sama-sama!”

“Boyfriend Qila gempak, dia hafal Yassin.”



“He does this and that to impress my parents”
Why is this a topic of discussion? Because efforts should never go unnoticed!

“Hari tuh kitorang pergi open house Aini, boyfriend dia yang duk sibuk bakar ayam. Semua orang bergaya sambut tetamu, dia dengan t-shirt pagoda pakai seluar baju Melayu sibuk bakar ayam”.

“He calls my mom on her birthday”

Sounds simple? But we gush over that, guys!


“He did not just buy you that!”
Most of the time of course kita bangga ada orang nak spend so much money on us. Tapi ini selalu dibuka untuk discussion bila ada orang tanya atau tegur.

“Cantiklah kasut flats nih” “Cantikkan? Imran yang belikan hari tuh, dia tak tahan tengok I jalan gonjeng dah 2jam pakai high heels”.

“Azlan ni jenis yang kalau bab makan takpe nak spend lebih”.

“Boiri tiba-tiba je beli Sony Bravia untuk rumah kitorang. Dia kata tak best nak main PS3 dengan budak-budak kalau guna Samsung tuh. Untung Kekna dapat lelaki pemurah”.


Jealousy Level
Ini comel. Kitorang suka discuss your jealousy level. Jealousy shows that you’re afraid to lose someone. So bila boyfriend/suami siapa-siapa antara kita berasa cemburu (yang berpada-pada saja ya), mesti kitorang rasa alololo so sweet.

“Leya kalau nak keluar mana-mana yang ada lelaki, mesti suami dia nak ikut. Hahaha”.

“Faizal sanggup datang sini ambil I, daripada biar I tumpang Jenal”.


Gentleman Quality
Hewhewhew ini mesti ada. Gentleman qualities masih bernilai di abad serba canggih ini. Small gestures yang menunjukkan seseorang lelaki itu gentleman masih jadi intipati perbualan wanita-wanita yang duduk bergebang bersama.

“Your boyfriend is really nice, tak sangka dia nak keluar pagar rumah dia just to greet us”.

“Laki dia mana bagi dia buat kerja berat-berat”.

“Aku tak pernah nampak Mat tinggi suara or berdengus dekat makwe dia. Kalau cakap lembut je, berhemah je.”



“Him? House chores?”
Kitorang tak bincang pasal korang main bola petang-petang. Kitorang tak bincang pasal korang gi gym nak badan gedang. Kitorang suka bincang kalau korang jenis yang bila kat rumah ringan tulang.

“Petang-petang camni si Hadi tuh sibuklah membakar sampah kat depan rumah dia”.

“Faiz tuh kan rajin masak untuk girlfriend dia. Hari tuh aku baru try dia masak ayam merah, dah macam pompuan yang masak aku rasa”.

“Suami si Nur tuh pantang tengok rumah sepah sikit, mula angkat penyapu. Bukan nak pukul orang yang sepahkanlah. Nak sapu lantai lah”.






hahaha , k lawak tapi seriously , memang ni lah benda yang perempuan bincangkan kalau topiknya , 'LELAKI' . sekian :)



0 komen yang hangat !: